Phuh ...
Berpeluh aku membaca arahan Google dalam Bahasa Inggeris. Jenuh aku buka kamus untuk memahami maksud perkataan.
Inilah first time aku guna custom domain pada blogspot. Bermula dengan mencari maklumat di blog orang lain kemudian cuba buat sendiri.
Kebanyakkan blog 1st page yang aku jumpa hanya cerita kulit sahaja. Mungkin mereka tidak melakukan sendiri.
Nak masuk ke Control Panel Domain pun ambil masa sebab terlupa nak ubah status Reseller kepada Customer.
Apabila masuk ke Control Panel Domain jenuh search. Try and Error je lah. Melakukan setting A Record pun hampir 15 minit. Termenung memikirkan dimana nak letak IP Google sebab paparan pemuka setiap hosting tidak sama. Baca di blog orang dengan CP Domain sendiri tidak sama.
Kemudian buat setting CName pula. Hentam saja lah. Nampak macam senang tapi warning error aje yang keluar. Akhirnya settle juga. Alhamdulillah.
Berpeluh aku dibuatnya.
Kemudian buat setting diblog ini. Keluar pula tulisan merah ni. Apa kejadahnya Error 14 tu ?
Pening sekejap. Yop baca semula penerangan Google tu. Akhirnya baru aku perasan pada nota ke sepuluh tu.
"wait about an hour" ... adus ! Kena tunggu sejam. Kih kih kih ... Tunggu je lah.
Tidak kiralah, jadi atau tidak ... aku dapat pengalaman. Pengalaman menukar custom domain. Pengalaman tidak boleh dibeli. Kita perlu alami atau lakukan sendiri supaya kita tahu jerih-perih sesuatu keadaan.
Sementara menunggu 'an hour' tu, aku tulis post ini. Selepas agak lama menunggu , aku cuba lagi masih tidak berjaya. Aku hantar emel ke syarikat penjual domain itu. Ini jawapan mereka :
Hah ... kena tunggu lagi. Aku fikir lebih tidur aje lah. Semoga esok lebih ceria dan mudah.
Adios. Jumpa lagi.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Powered by Blogger.

Betul tu, secara tak langsung pengalaman mendewasakan kita :)
ReplyDeleteYop setuju.
Deletekalau ada client yg nak beli domain untuk blogspot aku selalu bagi kat company hosting tu je untuk buat. cas lak free kalau dia beli domain kat company tu :)
ReplyDeletebenarkan dia masuk ke akaun blogspot kita tak ?
ReplyDeletepegilah kedai mana pun memang tak boleh beli pengalaman.
ReplyDeleteHi hi hi ....first time pergi ke kedai sendirian adalah satu pengalaman.
Deletepengalaman adalah guru kehidupan :)
ReplyDeleteYa , saya sangat bersetuju.
DeleteSelalu bab-bab teknikal ni rujuk je video kat youtube. Sebelum ini ada gak pengalaman setup domain dot com tapi beli dari website godaddy. Senang je kalau dah faham
ReplyDeletemudah jika ada pengalaman.
Delete