latest Post

Fenomena Sejuk Luar Biasa Bakal Berulang.

Pensyarah Kanan Geokimia Marin dan Kajian Paleo-Iklim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Hasrizal Shaari, berkata Malaysia dijangka berdepan dengan cuaca musim sejuk pada hujung bulan ini..

Perubahan cuaca ini berpunca dari pertembungan suhu ketara antara tanah tinggi Siberia-Mongolia dan Laut China Selatan. Tiupan udara bertekanan tinggi Siberia-Mongolia akan membawa cuaca sejuk ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara ini.



Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata angin kencang  timur laut bertiup selaju 50-60 km/jam dengan ombak hingga setinggi 4.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 17 Jan (Sabtu) dan berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk pekerja di pelantar minyak.


Oleh itu jom beli rain coat dan baju tebal untuk keselamatan dan kesihatan kita.


** Sumber berita dari Berita Harian**

About Unknown

Unknown
Recommended Posts × − +

12 comments:

  1. tak lama dah nie. malaysia akan dingin

    ReplyDelete
  2. Jaga-jagalah amalan kita. Tanda-tanda kecil akhir zaman dan pun keluar. Peringatan darinya

    ReplyDelete
  3. terima sahaja keadaan ini.

    dan sayangilah bumi kita.

    jangan buang sampah merata-rata.

    ReplyDelete
  4. harap hanya cuaca sejuk berlaku takda musibah melanda lagi.

    ReplyDelete
  5. Boleh tido rapatrapat babe...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi respon

KakiPing

Powered by Blogger.