Yes , berjaya juga akhirnya. Blog ini muncul selepas 48 jam dari tarikh domain ini dibeli. Sudah selesai kot proses propagation tu.
Bersabar aje lah dengan apa yang berlaku ! Hi hi hi ...
Apa yang akan dilakukan selepas ini ?
Mula-mula aku akan buat xml sitemap untuk blog ini. Kemudian submit blog dan sitemap ke Google. Off coz' guna xml-sitemap generator dan Google Webmaster Tools. Selesai dalam masa 10 minit.
Langkah seterusnya aku akan submit blog ini ke Bing dan submit sitemapnya sekali. Then kena letak msvalidate nya sekali untuk verify. Untuk memudahkan kerja ini, aku memang create satu akaun hotmail. Zass... siap.
Sudah diindek ke belum ? Yop semak di Google. Hasilnya ...
Ya ... sudah. Nombor 4 tu. Tapi ? Yang di atas tu apa ? Something wrong with this domain ? Yop klik link yang atas sekali. Nah, hasilnya...
Rupa-rupanya ini domain name second-hand. Ha ha ha ...domain name yang sudah expired. Owner yang lepas dari negara jiran. Harap-harap tiada apa-apa yang buruk pada domain ini.
Ini memang pengalaman yang tidak boleh dibeli. Barangkali ini punca proses propagation jadi laman. Teori semata-mata.
Next step, aku akan submit entri blog ke social bookmark site. Digg dan Reddit. Digg lebih mudah sebab dia terima seberapa banyak entri yang kita submit. Reddit agak berkira dengan bilangan submission pada setiap kali kita log-in.
Kenapa nak buat benda ni semua ?
Ini antara proses SEO awal yang biasa aku guna untuk memastikan blog dan entrinya diindek oleh enjin carian.
First target aku adalah meletakkan blog ini di first page Google bagi keyword ' blog kreatif ' walaupun blog ini tak berapa kreatif. :) Jika dilihat pada saingannya ada lebih kurang 600K.
Tidaklah teruk sangat untuk rank.
Persoalannya berapa lama masa yang diambil untuk masuk ke first page ?
Okay ! Cukuplah setakat ini. Jumpa lagi.

Domain second hand kira cukup OK dah sebab owner lama dah tolong promosi hehe
ReplyDeleteYa , memang betul. Ada kelebihan juga dengan domain second hand.
DeleteAgak2 berape lama ye proses nak masuk di rangking page 1 google?
ReplyDeleteEntahlah ... saya tak boleh nak pasti.
Delete