Hari ni aku sempat meronda-ronda di internet untuk melihat gambar-gambar unik. Pelbagai gambar unik ditemuidan dikesempatan ini aku kongsikan 3 tempat unik di dunia. Rugi rasanya jika tak dikongsikan. Jika ada kesempatan mungkin anda boleh melawat tempat ini.
Tasik Retba di Senegal.
Warna pink ini disebabkan oleh baktera dunaliella salina. Terkejut aku tengok gambar ni. Tak sangka ada tempat sebegini.
Cavern Derweze Turkmenistan
Digelar sebagai Pintu Neraka. Lubang ini terhasil akibat runtuhan struktur tanah semasa proses dril oleh ahli kajibumi. Ini membebaskan banyak gas asli. Ahli kajibumi melaku pembakaran yang kononnya mahu menghabiskan gas tersebut. Namun ia terus terbakar hingga sekarang sejak 1971.
Chand Baori, Rajasthan - Tangga Kolam
Tangga ini dibina oleh Raja Chandra dari dinasti Nikumbha pada abad ke 8 hingga 9 Masihi. Ketinggian tangga ini adalah 19.5 meter.
Phuh... lenguh kaki kalau nak panjat.
Okay. Jumpa lagi.







mahu tercabut kaki naik tangga mcm ni..
ReplyDeleteha ha ... bagaimana mereka membinanya.
DeleteMemang pening kepala nampak tu tangga.. huhu
ReplyDeleteidea mencipta tangga tu lagi pening . :)
Delete