latest Post

Orang Putih Potong Gaji.

Salam sejahtera !

Hari ini aku pergi ronda-ronda di internet, membaca beberapa akhbar online. Sudah dua hari aku ikut isu ini.  Isu yang sedikit kontroversi apabila Presiden Cuepac  menyarankan agar penjawat awam dipotong gaji.

Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi respon terhadap isu tersebut. Lalu tercetus idea di fikiran aku untuk menghasilkan sketsa ini.


Penghasilan sketsa ini ilham daripada blog OneCode. Kebetulan aku mempunyai koleksi karikatur orang putih ni. Aku kumpul dari internet dan ada juga yang aku beli.

So, aku olah idea dan hasilkan karya kreatif ini supaya sesuai dengan blog ini. Hi hi ... kreatif la sangat .

About Unknown

Unknown
Recommended Posts × − +

13 comments:

  1. tak setuju potong gaji
    derma boleh dibuat dalam berbagai cara

    ReplyDelete
  2. gaji menteri dulu yang patut kena potong ....kurang2 potong separuh baru diaorang tahu susahnya hidup....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea ni dari Presiden Cuepac bukan idea menteri. Menteri yang tak setuju potongan tu.

      Delete
  3. Kalau seseorang itu ikhlas nak memberi, tak perlu nak dipaksa-paksa :)

    ReplyDelete
  4. daripada dipotong baik derma...berlipat ganda balasan bagi suka derma berbanding terpaksa memberi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semua orang faham konsep derma/sedekah.

      Delete
  5. Nampaknya ramai yang tak setuju gaji kakitangan awam dipotong walau jumlahnya cuma RM5. Bukan RM500 pun. Sekurang-kurangnya ada la saham kat akhirat nanti. Ramai juga orang kerajaan yang tak berapa cakna sangat dengan mangsa banjir ni. Time2 ni la pegi bercuti, makan sedap2, shopping kat oversea.. Dengan pemotongan serendah RM5 ni moga2 dapatlah pahala yang besar.

    ReplyDelete
  6. tak pe lah kalau potong sikit..potong banyak tak boleh la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi hi ... bagus juga jika ada niat untuk menyumbang.

      Delete
  7. Aah lah, kalau potong ikut peratusan yang kecil pun ok sebab kalau dah bos-bos atas, peratus kecil pun jadi banyak.

    Selebihnya atas keikhlasan untuk menderma :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi respon

KakiPing

Powered by Blogger.