latest Post

5 Benda Idaman Kalbu

Salam sejahtera,

Sempat juga aku curi masa untuk update blog ini. Semasa meronda-ronda tadi aku terjumpa benda-benda di bawah ini.Inilah antara benda yang menarik hati dan menjadi idaman kalbu. 

Nak mengidam anak dara atau janda cun memang tak boleh dah. Mengamok bini aku kang. Hi hi hi ...

Ini adalah work station yang sempoi. Boleh bekerja dalam keadaan santai. Boleh update blog kat sini. Sambil update boleh lah tidur. Jika terjaga boleh sambung kerja semula. Memang kreatif idea ni. 


Ini pula alatan harian yang genius. Jika tidak sempat memasak sarapan boleh guna pisau ni. 2 dalam 1. Memotong sambil membakar roti. Cuma korang perlu berhati-hati. Jangan sampai melecur jari tu.


Bilik air adalah tempat yang paling selesa dan nyaman bagi aku. Jika ada benda ni confirm satu jam duduk dalam bilik air  Shower yang bercahaya warna-warni mengikut suhu air. Tentu leka melihat cahaya itu.     



Rekaan memang terbaik. Jimat duit, tidak perlu bayar bil letrik yang tinggi. Lekapkan ke tingkap. Palamkan alatan yang ada ingin guna. Menjana tenaga elektrik menggunakan tenaga solar. Dah ada jual dipasaran ke belum ?


Skuter elektrik mudahalih. Mudah untuk ditunggang ke pejabat atau bersiar-siar. Selepas digunakan, anda boleh lipat-lipatkan. Tidak perlu risau masalah parking atau kecurian. Seret sahaja masuk pejabat. Boleh simpan di bawah meja anda.


Aku memang kagum melihat rekabentuk dan fungsi semua alatan di atas. Kesemua imej ini aku ambil dari architecturendesign dot net.

Jumpa lagi. Hidup mesti kreatif.

About Unknown

Unknown
Recommended Posts × − +

7 comments:

  1. Salam... pehhh kemain kreatif lagi mende2 tu... caya lah... kalau boleh dapa tu senang nya hidup... satu ketika dulukan ada satu innovasi yg nak buat line internet melalui line elektrik dan nak dicuba di Malaysia.... tapi jawapan pegawai yg mendengar ialah... Malaysia belum ready untuk tu... maybe u can try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara biasa dalam masyarakat Malaysia. Mahu jadi pengguna, tidak mahu jadi pencipta.

      Delete
  2. memang terbaik la kalau ada satu skuter tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang nak pi makan cendol kan.

      Delete
    2. haha..tol gak tuh. leh letak dalam bonet kereta.

      yang pisau tu pun terbaik gak.

      Delete
  3. Tingkap yang menjana tenaga elektrik daripada cahaya matahari memang sudah ada. Keluaran syarikat Israel "pythagoras solar".

    Tapi untuk menjana elektrik terus sebagai palam mungkin belum ada.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi respon

KakiPing

Powered by Blogger.